Monday, January 20, 2014

Cerita Mr Bean Yang Tidak Pernah Ditayang Di malaysia

Tuesday, January 14, 2014

Kangkung dan Kangkung

Betapa popular nya sayur kangkung sejak kebelakangan ini di media sosial, nah jom tengok kebaikan sayur kangkung ni sayur kangkung .


Khasiat dan kebaikannya.... Membantu melawaskan pembuangan air besar Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi. Membantu mengatasi lemah badan dan keputihan. Membantu meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit. Membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah. Membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi dan mengatasi masalah kelemumur serta melembutkan rambut. Kangkung juga mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawas kencing.

Resipi Kangkung Belacan

Bahan-bahan (3-4 orang)
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula
Cara-cara
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu 2-3 minit